Friday 12 April 2013

asal usul hantu


Asal usul hantu


Sebut saja hantu, tak kisah la hantu apa sekalipun, mesti ramai yang dok takut kan? Tak payah nak tipu la, dah itu hakikatnya. Hehehe.. Tapi tahukah anda akan asal usul hantu seperti hantu raya, hantu pocong dan beberapa lagi hantu lain? Kalau tak tahu, apa kata anda baca mengenai asal usul hantu kat bawah ni. Huhu..
Hantu Raya

 – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai – balai raya.
Hantu Langsuir

 – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

Hantu Jerangkung

 – Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

Hantu Pontianak 

– Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak – Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

Hantu Penanggal
 – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.
                                                                       
                                                         Hantu Pocong

 – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

P/s: Asal usul hantu seperti yang tercatat kat atas tu hanyalah rekaan semata-mata dan nama-nama yang disebutkan langsung takde kaitan samada yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
hahahahahahahhaha sekian dari saya din cool.........................




Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selalu membaca cerita – cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu. Menurut cerita, selalunya orang yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah. Saya akui apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek Mayang ni sebagai simbolik. Jika ada cerita yang memutarkan lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Contohnya filem Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.

Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.


Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.


Sejarah Ulek Mayang

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.
Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.

Lagu Ulek Mayang


Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala..................
sekian ditulis oleh saya din cool .........................



hantu






Ini adalah cerita benar hasil dari penyelidikan sendiri..Budget nak adventure dengan pergi tempat² berpuaka seperti yang digembar gemburkan orang..hishhh rugi kalau kita tak rasai thrill dia kann..nak jugak tau betul ke tempat itu berpuaka atau lebih senang kata berhantu dan menakutkan...Biasa la walaupun tak berapa nak berani dan tidaklah pengecut cehhh kira buat² berani la walaupun dasarnya penakut hehe...

Okey buat kerja gila dengan kerja tak berfaedah orang kata bila cakap nak terjah tempat² cenggitu..Bukan apa sekadar nak timba pengalaman
Okey buat kerja gila dengan kerja tak berfaedah orang kata bila cakap nak terjah tempat² cenggitu..Bukan apa sekadar nak timba pengalaman cehh gelap pun takut ada hati plak..

Dulu tahun 2007 selalu sangat pergi tempat² yang agak menyeramkan..motip nak tengok hantu..Ciss budget hantu itu tipu yea hantu memang tipu sebab dia adalah syaitan dah muka buruk orang panggil la hantu..tapi cuma orang indonesia jugak kalau nampak hantu dia kata Setan..

Oraite back to the story once upon the time ......
Oraite back to the story once upon the time ......
Hari itu dah terpogek tahap maksima dah tak idea nak lepak mana tiba² tercetus idea nak pergi tengok hantu..Opismate plak kepala memang ngam apalagi ada yang cadangkan pergi hospital Cheras..Opismate kata tempat itu memang keras sebab dia hospital lama..
Oh pada sapa yang tak tahu lokasi hospital itu dekat dengan Downtown..
So kteorang 2 kereta pergi kesana tapi kteorang ikut pintu dengan tangki air tu..wah dari luar aje tengok memang sungguh menyeramkan hospital tinggal dengan semak samun lagi..Time tu pukul 1 ke 2 pagi kurang pasti lupa plak sebab cerita dah lama baru nak cerita kann..
 Dengan perasaan takut ² berani keluar dari kereta berjalan dalam kawasan hospital tu..Sambil borak² untuk mengurangkan rasa takut..Mata meliar tengok keadaan sekeliling dalam hati berdoa janganlah muncul depan mata walaupun sebelum tu dah cerita gebang nak tengok hantu kann..

Kteorang ada jugakk lalu disini  masa lalu sini bulu roma dah meremang mata masih lagi meliar pandang atas dengan tingkap macam ada sumthing dalam hati macam² doa dah baca..Takmo tegur takut kena tegur pulak kann..Buat bodoh sambil tarik tangan opismate ajak dia balik..Oh time tu kteorang berlapan cuma time nampak tu cuma berdua je dengan opismate*Incik Chubby lah tu..Dorang yang lain dah kedepan cepat benar jalannyer takut lah tu..Cehh sebenarnya awak sendiri dah seriau...jalan cepat² jugak biar tidak kena tinggal dibelakang....dorang lepak tengah jalan betul² dekat hospital tu sambil borak² macam takde benda..Time tu bulan mengambang rasanya sebab malam pun terang tak payah guna lampu suluh...
Tiba².................



Dengar orang menjerit dari jauh Hoiii buat apa tu!!!!? sambil berlari pegang cota...Kteorang yang ada dekat situ terkejut sambil lari kelam kabut sebab terkejut beruk ..Cepat² lari masuk dalam kereta rupa² itu adalah Pak Guard yang jaga dekat situ....Cisss dalam kereta kteorang ketawa berdekah² rasa kelakar pulak..
Itu baru kerna sergah dek pak guard belum lagi kena sergah dek hantu hahaha...
Rupanya kteorang baru tau memang Hospital tu dah tutup tapi klinik disitu masih beroperasi lagi waktu siang... 

so bagi sesiapa nak rasa pengalaman pergila situ